Sunday, July 19, 2009

ulangtahun cinta kami

Awal bulan Julai lepas genap ar hubungan saya dengan si dia tersayang. Oleh kerana anniversary kami jatuh pada hari Isnin, kami pun sambut lebih awal.B datang pada hari Jumaat selepas balik dari opis.

Sabtu pagi, awal2 kami berangkat ke Mid untuk mengisi masa lapang. Waktu tue adalah first time B drive kereta saya yang ada bau kedai lagi tue.Heh. Saya sangat suke usha gf saya saya drive. Macho beb. Kemudian kami berangkat ke S.A untuk check in.

Malamnya kami ke Damansara untuk layan movie terbaru bersama dengan Fid dan Hanna. Sebelum show bermula kami alas perut kat Burger King. B nak sangat makan pasal kat tempat dia tade.Hmm, sedap jugak food kat situ ye.since that day, saya memang layan Burger King tau. Apa yang paling bes, kami makan kat luar burger King sambul menikmati udara malam. Juga melihat pemandangan highway dari The Curve.

Kami rancang nak tengok Transformer. Ntah camne bila dalam cinema baru B perasan budak kat kaunter tiket tue bagi tiket filem terminator.Nak buat camne layan jelah.

Sepanjang cerita Terminator tue saya asyik terlelap je bukan pasal cite tue tak bes tapi penat sangat. Sesekali saya akan tersedar bila cik hanna nie beristighfar pasal ada watak kena bunuh dengan alien tak pun bile ada scene tembak menembak, hanna akan mengelak sambil menjerit macam peluru tue dituju kat dia. Saya baru tau gitu rupanya kawan saya nie bila tengok movie.
Selepas hantar Fid dan Hanna balik,kami pun balik ke hotel.B pun buka bonet belakang kereta. Saya tak syak ape2 pon. B datang balik dengan sejambak bunga. Heh, terharunya. Dalam bilik hotel, B bagi lagi sebentuk cincin yang sangat cantik dan bersinar gitu. Thanks sayang...

Keesokan harinya selepas balik lepak dengan fid dan Hanna, buat pertama kalinya saya drive kereta dengan B.B pon membebel dengan driving skill saya yang hancuss. Takpe ar.

Wednesday, June 3, 2009

Cinta ku tertinggal angkara LDR

Aku baru pulang dari jumpa B. Memang jauh tempat tinggal B dan aku. Tapi kerana cinta turutkan juga. Gegeh nie. Hampir 5 hari melepak umah B.

Bangun pagi dan sebelum tido nampak yang tersayang depan mata. Rasa takjub jap. Tapi mungkin bagi yang tinggal serumah dengan partner, perkara yang aku rasa takjub tue mungkin perkara biasa. Sungguh tenang sekali bila nampak si dia di sebelah apabila bangun pagi. Lebih-lebih lagi dapat ciuman pertama di pipi pada hari tersebut.

Then, nampak dia tergesa-gesa bersiap pergi kerja. Touch up muka. Hehe.. Nampak dia berbaju kurung buat pertama kalinya secara live. Padahal dah bercinta lama tapi baru first time nampak dia berbaju kurung. Dia sangat ayu berbaju kurung. Ish, takjub tol. LDR membuatkan aku tak dapat melalui perkara-perkara yang biasa dilakukan bagi pasangan kekasih.

LDR boleh jadi sangat kejam TETAPI mengajar aku MENGHARGAI setiap detik yang dilalui bersama. PEKA segala yang berlaku antara kami. Membuatkan aku hanya MENUMPU sepenuh perhatian pada si dia apabila berjumpa. INGAT setiap saat yang kami lalui bersama sebagai kenangan indah.

Wednesday, May 6, 2009

Hidup lagi

oit.

Kembali bersiaran.
Lama tak update blog.

Bicu masih hidup lagi. Heh.

Hidup yang terus berlalu.
Setelah berbulan lamanya melalui pelbagai fasa baru dalam hidup. Culture shock jap!

Bermula kerja baru. Suasana baru. Tempat kerja baru. Pastinya lebih mencabar.

Eh, tapi yang paling bes ada si dia. Si dia pembakar semangat

Karier dan hubungan cinta nampaknya berjalan dengar lancar. Fuh...
Bulan nie sgt mencabar sgt. Aku akan mendaki satu tangga lagi dalam karier akU.

Vrommmmm......jum merempit!

Monday, November 3, 2008

rUPEnYE............

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Sunday, November 2, 2008

CEritE peRasa RoJak 3

+Bicu dan Biru nak mengucapkan terima kasih banyak2 kat Fid dan Hanna.

Bes bangat pasal Uol dapat la jupe buah ati aku yang sorang.Heh.

Hari tue gak first time Biru jupe Fid n Hanna.Motif utama bukanlah nak menunjuk-nunjuk kat korang buah ati ku tue
hebat ke, ape ke.

Sebab utama ialah aku nak Biru kenal kengkawan aku tue.bercampur ngan kwn2 skolah aku.

Lagipon Hanna nak sgt jupe biru. Hehe. Amacam Hanna ?

Rasanya bila kita tunjuk orang kita sayang kepada kengkawan rapat menunjukkan kita serius dengan si dia.

Ini jugak mungkin salah satu cara boleh buat dia secure kat aku dan ngan hubungan yang terjalin.

Pasal org len dah tau aku dah berduet. Tak bleh nak mengatai. Huhu.

Tapi korang memang bes weh Fid n Hanna.

+ Congrat kat bro aku dapat kerja kat Putrajaya.

+ Aku skrg ngah bizi mengemas barang2 aku sebelum aku melaporkan diri. Harap2 tade masalah selepas ini.

+ Sekarang nie aku dah jatuh cinta kat Myvi SE. Itulah cik Biru tersayang tue lah punye kerja. Promot bagai nak rak seolah-olah penjual kereta bertauliah gitu.Hehe.

Friday, October 24, 2008

qUEEN oF tHE gAME

Tadi dah masuk episod 15 cite Queen of the game. Makin excited tengok cite nie. Pasal hero tuh hilang ingatan. Terpisah ngan famili selama 5 tahun. Hero tue kira sebelum hilang ingatan sangat lah hebat kaya , berharta n sangat bijak. Dia dapat sume harta ngan cara menjatuhkan org len. Then rampas sume harta tue.


So balasan Tuhan dia mengalami accident. Bila dia sedar dia kat church. Dengan tade pengenalan diri. Dia sedar dengan ingatan dia kosong. So hiduplah dia ngan tade memori. Selepas 5 tahun, dia berjaya kembali ke pangkuan famili dia. Dia baru tau dia nie org kaya rupanya. Yang paling dahsyat dia dapat tau dia nie rupenye sblom nie dia bapak setan. Buat jahat demi menambahkan harta. So kalo aku jadik tempat dia tatau lah camne. Mesti sgt pelik kita terpaksa menanggung rasa bersalah pada kesalahan yang kita sendiri tak ingat langsung bila plak kita buat.


Lagi satu, bila hero tue balik semula kepada keluarga dia, dia kena menerima tunang dia sebelum dia hilang ingatan tue. So nak terima plak orang asing yang kita sendiri pon tak kenal sebagai org istimewa dalam hidup. Pastue org yg tak kita kenal tue plak peluk2 n nangis2 kat kita cam org mati laki. Pastue dia cuba bercerita kenangan yang pernah dilalui bersama masa dulu.So org yang hilang ingatan tue mesti sgt kekok kan,kan. Payau tue. Hanya org yang strong jek bleh hadapi situasi ni. Kalo tak bleh jadik gila.



So sebagai org yang masih ada memori bersyukurlah dengan memori yang ada.

Thursday, October 23, 2008

xtvt senggang

aku dah brenti kerja.

List benda aku nak buat sementara ada free time

1. Tengok cite Korea. Sekarang aku dah sampai episod 13 cite Queen Of The Game.Cite ni pasal balas dendam n masa nak balas dendam jatuh cinta plak Abiskan lah 2-3 korean drama ok lah sebelum stat kerja balik.Tapi ada lah member aku nie budak dekan tuh. Dia bleh abis tgk sume episod cite Korea semalaman. Katanya amek feel sebelum nak start study.Sape kate budak pandai just ngadap buku je tapi tak bergumbira…Yg penting kena tau la ape pembakar semangat b4 nak stat kerja atau studi.


2. Tengok cite senget yang tak abis. Kira 2 movis tgk kita ok la.

3. Baca newspapers yang aku miss nak baca semasa aku bizi kerja.

4. Abiskan baca majalah Rapi, Malaysian Today, buku skola.

5. Buka balik cd dictionary.

6. Tgk warta berita kat tv

7. ikuti sidang parlimen Tv1

Ok illmiah sungguh plans aku. Harap2 menjadi. Tapi secara logic tak bleh buat pon. Saje list kasi ingat. Sebab aku nie pelupe. So bila aku bukak blog,aku pon bleh recall. Tapi untuk masa yg singkat hanya blerbaloi buat buku buku skola n buka cd dictionary. Yg len tgk dvd korrea n cite sengat bila nak ilang ngantuk jek. Ok. Deal!

Monday, October 20, 2008

Saturday, October 18, 2008

Crite PeRaSe roJAK 2

+Arini leader aku Tanya soklan maha bodo kat aku. Eh,kau perempuan ke? Banyak lah dia. Buta ke dia. Arini dah lah guna apron aku.Yarks. Aku tak suke share barang aku ngan laki. Individualistik la plak.Even ngan bros aku pon. So aku bawak balik apron tue kasi basuh bersih2. Dahla apron tue baru,cantik dan bergaya. Sesedap ati je nak pakai. Sekian tima kasey



.+Arini bos besar aku puji aku seorang pekerja yang rajin. Wah,wah… Hakikatnya sume kengkawan aku tau kemalasan aku yang melampau.. Baru aku perasan aku berjaya confirm dalam masa sebulan je. Leader aku slalo ulang cite tentang zaman lamapu dia yang hanya selepas beberapa bulan baru dapat conform. Cite tue diulang,ulang,ulang dan seterusnya. Teringat kat mak aku. Mak aku pon suke ngulang satu ayat nie. Sekian tima kasey


“Mak dulu masa darjah lima dah reti masak nasik. Kecik2 dah ke bendang,. Kome nie manja sgt.” - ayat nie akan diucap oleh mak aku masa tengah memasak. Sekian tima kasey


Datang akak aku menambah sket....


Kalau “orang” takde kat umah nie sape lah nak basuh pinggan ~ayat nie diucap oleh kakak aku ketika basuh pinggan.. Sekian tima kasey


Akak tue cam burung kakak tua takpon tape recorder suke ngulang ape dia pernah ckp .

Sekian tima kasey



+Arini open house umah yuyu. X-Classmate aku. Dia ajak tapi tak dapat gi. Keje. Miss lagi opportunity nak jupe kengkawan lama.Rindunya. Last, kat open house umah Yuyu. Aku tak gi pasal aku kena study paper FIZIK. Killer subject bagi aku. Then Sally sanggup kol kol pujuk. Agak2 derang rindu aku tak,hehe. … Pasni aku tamau miss lagi. Tapi masa last aku jupe ramai2 kat umah Yuyu. Havoc. Shared cite. Mesra cam kat skol dulu.. Sekian tima kasey



+Enset aku dah jadik gila babi. Ops, kasarnya bahasa. Besa la terpengaruh ngan budak yg tedang cikgu tue. So aku dah decide tamau pakai enset tue lagi. Mulai arini aku kena berjimat nak beli enset baru. Simpan sehari 5o sen . Las2 jadik cam aisyah 50 sen lakonan Azean Irdawaty tuh. Enset yang aku aim nak beli buat first time dalah sejarah idup aku ialah nokia. Sekian tima kasey



+Epi belated day to Hanna n nano. Sekian tima kasey



+Rindu lah kat buah ati aku tuh… Sekian tima kasey

kesekian kali

Tatau

Sigh…….

Down


Blur


Tension


nervous

Thursday, October 16, 2008

BajU KURUNG n UniForM

Arini aku tak keje. Aku dah arrange sume benda yang berterabur n list balik hal2 bertangguh dalam enset. Sejak keje nie, bizi sgt. Pergi kerja,balik keje n tido. Tade life. This week aku dah stat pakai uniform tempat keje. Alahai dah la minggu depan nak berenti. Jap je pakai uniform. Sedih plak. Sejak bis skolah aku tak pernah pakai pe2 uniform. Selain uniform kawad kat uni. Sebenarnya kelakar pakai uniform nie. Baju kita sepesen ngan org len. Cam boria. Hehe. Tapi pakai untuk keje kira orait lah. Tak payah pening2 nak pikir sok keje nak pakai baju ape, baju kaler ape la,blah,bla...Aku dah la simple. Da simple, simple present tense (APE KAITAN NYA PLAK NIE).Tapi pas aku bis skolah menengah, pakaian harian aku baju kurung. Dari matrik sampai ke uni. Bosan seh. Aku dulu memamg benci ngan baju kurung. Rasa tak bes pakai baju kurung . Pakai masa raye tak pon kenduri. Len jeans n T-shirt. Itulah ada org kata jgn membenci sesutu n orang over sgt. Nanti silap ari bulan kita plak terpaksa suke ngan ....


to be continued....

Monday, October 13, 2008

yUEN

Ari tue ader lah satu ari yg sangat mendamaikan. Eceh. Sekumpulan org korporat ni datang kat outlet tempat aku keje nie. Ada lah sorang dua muka familiar. Cam pernah aku nampak.. Pastue dating sorang girl yang charming n bertenaga. Beliau sgt ceria. Then aku gi kat dia. Tanya dia nak minum apa. Memang laju giler dia ckp. So aku ckp pardon. Then dia ulang skali lagi. Dia nak air Coke. Dia kata xbleh buat kerja kalo tak minum air tuh.Girl tue jadi tumpuan lah masa diskusi tue. Dari awal hingga akhir dia menguasai sesi discussion ngan org2 korporat kat situ. Girl tue mmg hebat. Sebab bukan calang2 org buah fikiran dia didengari. Lagi ar ada org korporat tue dah berumur. Memang salute ar kat girl tue.
Tapi aku perasan memang girls yang ada “something” slalonya jalan laju,cakap laju n sangat confident. Bab jalan laju, dia jenis tamau buang masa n kalau bleh nak cpt sampai destinasi yang dituju. Dari skolah,matrik sampai ke uni dulu pon bdk2 pandai selalonya jalan laju. Budaya org Jepun pun jalan laju. Cam train. Dats y org Jepun berjaya nek semula slps berpuluh tahun. Then Jepun jadik negara maju. Epi ending…Tapi ikut perubatan mmg ar berjalan mencerdaskan minda.
Bab cakap laju, mmg slalonya org ckp laju bijak bagi aku. Dia punya neuron sngt aktif. Yelah mana nak pikir lagi. Bercakap apa yg dipikir. So org yg ckap laju mesti pantas berpikir sepantas mulut dia. Hikhik. Neuron otak sangat baik beb. Tgk ar Cheryl si host tuh. Cakap laju seh.
Confident plak, dia jenis brani amik risiko. Dia sgt berani amek risiko pasal girls nie teramatlah berani suarakan pendapat tanpa hiraukan pandangan org. Pastue bila cakap laju mesti ar statements dia byk salah. So bila salah.derang nie sgt pandai buat muka selamba. Muahaha. Cover2 ape yg patut. Cumel,cumel. Girls yang confident sangat sexy. Slalonya girl yg dah capai usia matang aka orang tua ganyut sangat sexy. Hehe.

P/S: Girl yang aku jupe kat outlet yang sangat sexy n bijak tue adalah … yUEN 3R

Saturday, October 11, 2008

KepUtuSan yG mELEGAKan

Akhirnya aku dah tau aku dapat tempat kerja kat mana. Lega sgt dapat di Selangor. Act nak tunggu dimana aku diposting sgt merisaukan. Tapi epi sgt pon tak bley ar. yelah Selangor kan besar. Masa nak bukak tenet mana aku ditempatkan sgt susah nak tembus. So aku bajet nak tunggu tengah mlm. Mungkin senanglah sket tembus website tuh. Dia pon risau aku ditempatkan dimana. So dia tunggu tak tido. Sambil tunggu kami chat via ym. Sedang ym tuh dia offer try tembus. Sekali jek dah dapat tembus. So dia org pertama tau aku dapat mana. Aku sendiri pon jadi org kedua tau. Haha.Bravo lah sayang. Alamak tarik balik.Ops, Bravo lah Streamyx. Nape aku riso sgt aku dapat tempat keje mana. Pasal aku tamau ar jauh ngan famili N si dia.

Umah iDaman

Tadi aku g umah kakak sedara aku kat Putra height. Besnye dapat dok kat situ nyaman. Atas bukit. Kalo lah aku ada umah kat situ. Dok skali ngan buah ati aku tue. Owite. Bahagia,bahagia. Act, I prefer umah teres. Tapi skg mahal betul harga rumah teres. Buat masa nie umah flat je aku mampu. Tapi aku tak besa umah flat. Malas nak nek lif. Tinggi sgt,kang aku gayat. Haha. Dulu masa kecik yea2 berangan nak beli umah besar. Tapi bila dah besar, aku nak umah besa2 je. Ikut kemampuan poket aku n bape ramai nak dok. Lagipon umah besar bukan larat pon nak ngemas.Act, aku aim dok kat kawasan umah yang tak sesak n ade privasi. Tapi tamau lah dok kat kwasan yang sunyi plak. Karang ada je encik pencuri mai nak menyamun harta aku yg tak seberape tuh. Bukan mcm umah parents aku nie.Sgt sesak n padat. Tempat2 yg aku aim nak dok cam kat Damansara ke. Putrajaya ke. Oh, Bandarnya sgt terancang n tak sesak. Plus tade jam sgt cam kat area tempat aku tinggal. Ish pesal plak entry aku nie asyik nak ngutuk kawasan tempat tinggal aku nie. Lagi pon kawasan baru bukak sgt bersih n tade pencemaran yg teruk.

Saturday, October 4, 2008

Belajar atau berkerja

aku ngah menhintung ari
1
2
3
4
5
6
.
.
.
.
.
.
30



syoknya bila kerja,ujung bulan dah dapat gaji
aku rasa dulu aku malas g skola pasai tade penggalak
Sepatutnya bagi bdk2 skolah elaun hujung bulan sebagai penggalak derang g skolah
Ini aku pernah terpikir masa aku ngah bermunasabah apasal aku malas g skolah masa mude2 dolu.
Hehe............
Sure tade gejala ponteng skolah.
Sebab sume org suke duit selain suke perempuan.
Len ar kalo pelajar tue bukan mata duitan cam aku. Zuhud dikatakan.
Yg bes berkerja nie dapat gajilah,Pastue bleh shoping. Belanja awek.
Itulah...ada yg dah kerja nak blaja balik plak.
Ada plak yg ngah blaja, x sabor nak berkerja plak.
Toksah pening2, jadi separuh2.
BERKERJA SMBIL BLAJA.
Sekian karangan bm YANG BERTAJUK BELAJAR atau berkerja.....

Teringat masa aku pas anta final projek kat lecturer. Aku ngah tunggu bas ngan kwn. Aku ckp lega sgt dah bis blaja kat kwn aku tue. Tapi kwn aku tue ckp dia tamau brenti blaja. Dia selesa jadik pelajar. Hidup dalam rutin sbg pelajar. Mengapakah wujudnya percanggahan keinginan kami?
Renung-renungkanlah....
Eh,eh.....(dengan nada makcik2) tiru Prof. Izi plak
Sekian...

Friday, October 3, 2008

Bau kitchen

Ada kawan aku cakap aku dah macam bau kitchen. Hehe. Kot2 org keje kitchen nie bau dia sepesen. Byk dah ilmu yg aku dapat kat tmpat baru nie. Bes,bes,bes...Pengalaman beb. Okeh lapar aR. nAK MAKAN. chow.

Gosip Hangat

Sepatutnya arini aku cuti. Tapi ada mamat nie selamaba mak nenek dia nak sambung cuti. Ish kesian kat aku. Semalam pas keje hanna terus amek aku lepak A nW. Nak dijadikkan cite terjupe lah D#$@ AF4 nie. Hurm cute weh. Muke dia lagi bersih drp aku. Dia dok depan aku je. Senang ar mata aku usha dia.Peliknya dari awal dia je asyik cite kwn2 dia diam je. Syok sendiri mamat nie. Topik yg dia cite sume yang pasal dia g jenjalan makcik,pakcik n awek2 tegur2 n siul2 kat dia.Mcm2 ar. Kwn2 dia tak bape respon sgt cite die. Agak2 kwn2 dia menyampah kat dia kot. Sekian Bicu bergosip.

Monday, September 29, 2008

Wish Raye

selamat ari raya
Maaf Zahir Batin
Maaf ek segala salah silap aku.

Sunday, September 28, 2008

CiTe DaPur




Sekarang aku bizi. Aku dah berkerja kat salah sebuah outlet. Hehe. Aku suka sgt kerja nie. Yelah aku penah nekad nak blaja ape2 pasal kitchen. Sekarang impian aku dah tercapai.Memang diakui bab masak2 aku memang zero. Nak pinang aku pon sgt tak berbaloi. Lagi ar ada ramai kengkawan keja kat bahagian kitchen, buat aku excited nak mendalami bidang nie. Aku jadik miss cake. Yesza! Blaja jadik barista gak. Blaja buat2 macam2 air. Then bila customer minum minuman yang aku buat, aku rasa bangga sangat. Aku pon ada plan nak bukak gerai minuman. Jual air. Untung beb! Sebagai side income. Act, aku pon ada berangan nak blaja lagi mendalam pasal barista pas nonton Coffee Prince . Tapi tatau ar, aku kan kena fokus kerjaya aku yg aku blaja kat uni. Buat satu2 dulu ye Bicu. Kang pening ke.Relaks2..cool,cool… Fuh lega.


Kengkawang aku kerja kat kitchen…

- Derang bila gi mana kedai makan. Derang akan rasa sume makanan yang membe2 len order. Then derang akan komen atau kutuk berbakul-bakul makanan tuh. Adalah yang tak kena. Kurang tue, lebih nie. Hebat2…

- Derang pernah merasa byk jenis makanan/minuman yg aku sendiri tak pernah dan tatau pon kewujudannya. Hebat2

- Derang nie namanya keje kat kitchen, balik umah tak pegang kuali pon. Las2 order kedai mamak gak Derang ckp malas masak. Ada tuh memang expert Western foods, tapi malay foods hampeh.

- Sume kwn aku yg keje kat kitchen tuh, butch ok!

Friday, September 26, 2008

Info Cinta: Are u In Love?

+ When you are together with that special someone, you pretend to ignore
that person. But when that special someone is not around, you might look around
to find them.
At that moment, you are in love.

+ Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

+Although that special someone was supposed to have called you long back,
to let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

+ If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

+When you find yourself as one who cannot erase all the
emails or SMS messages in your phone because of one message
from that special someone, you are in love.

+ When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

+ You keep telling yourself, "that special someone is just a friend",but
you realize that you can not avoid that person's special attraction. At that
moment, you are in love.

+ While you are reading this post, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person...;))

Info Duit

Berapa banyak wang yang patut kita simpan

Beberapa hari lepas, laporan bulletin utama TV3 menyebutkan Petronas mengumumkan akan menggunakan 30% daripada keuntungannya untuk digunakan sebagai pelaburan. Sebenarnya kenyataan inilah yang menarik minat saya untuk menulis tajuk ni.

Demi meneruskan kelansungan dan survival masa hadapan, syarikat gergasi ini sanggup membelanjakan jumlah sebegitu banyak untuk pelaburan. Sebenarnya kita juga perlu mencontohi apa yang mereka ini lakukan. Rata-rata pakar kewangan yang telah saya baca buku mereka juga turut bersetuju bahawa setiap individu perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan mereka setiap bulan untuk kegunaan masa hadalan.

Persoalannya adakah kita mampu untuk berbuat demikian. Demi untuk survival masa hadapan, menghadapi waktu kecemasan dan menghadapi inflasi; adakah kita sudah mempunyai sumber simpanan yang cukup untuk semua ini. Adakah duit yang kita simpan cukup untuk kegunaan anak dan isteri jika sesuatu musibah menimpa bapa mereka yang menjadi sumber mata pencarian utama?

Katakanlah seorang eksekutif mendapat pendapatan bulanan sebanyak RM 3000 sebulan. Bermakna 10% daripada gajinya adalah RM 300. Banuak juga kan …..

Jadi apakah langkah yang perlu kita lakukan? Pertama disiplinkan diri dan tetapkan matlamat. Langkah kedua, ketepikan jumlah yang perlu disimpan setiap bulan itu pada awal bulan sebelum perbelanjaan lain mengambil alih.

Kemudian timbul pula persoalan hendak simpan dimana? Ada banyak pilihan yang ada bagi kita sebenarnya. Contohnya akaun simpanan semasa, simpanan tetap, ASB, unit trust, dan lain lain lagi. Bagaimana nak memilih tempat simpanan ini akan saya ceritakan kemudian. Dapatkanlah seberapa banyak maklumat yang boleh dahulu mengenai tempat simpanan ini agar anda dapat mengenalpasti dan dan memiliah tempat yang bersesuaian untuk anda menyimpan.

Tetapi ingat! Jangan sesekali melabur atau meletakkan kepercayaan pada skim-skim cepat kaya yang kini pula sudah banyak berlindung di sebalik barangan MLM! Nanti wang titik peluh anda senang-sengan beralih ke poket orang lain.

Dicedok drp

www.jimatcermat. blog.com


Tuesday, September 9, 2008

KaReNa WanIta

Monday, September 8, 2008

KatAkAn Ttg Apa

Malique ft. M.Nasir - Mantera Beradu

(Latar) Masih belum sempurna

(M. Nasir) Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

(Malique) Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia1 takut pecah tembelang

(M. Nasir) Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

(Malique) Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Latar) Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

(Malique) Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron2 testarossa3
cita-cita sosa4 KL KL Cosa Nostra5
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique) Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M. Nasir) Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

(Malique) Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Latar) Akhirnya sempurna

Sunday, September 7, 2008

SemanGat Sket Pose

Friday, September 5, 2008

Al fatihah: The thinking man’s editor



Pak Samad Ismail (1924-2008)




Thursday, September 4, 2008

Mood~jiwangs



ORG yg bErciNTA AdalAH oRg yG sAKIT
tAPI
tIDAk Pula mau seMBUH

~~BAPAK HAMKA~~

SaLAm rAMaDhAN

PeRAsaankU tERHaDAP pERASAAn DIA

Sebenarnya patutkah kita salahkan seseorang cakap tak serupa bikin bila dia tidak kotakan apa yang dikatakan?
Patutkah kita labelkan dia penipu?
Mungkin tidak,mungkin ya. Setiap manusia ada takdirnya sendiri. Mungkin hari nie dia rancang nak buat sesuatu perkara, tapi dia tak buat. Pastinya dia ada alasan dia sendiri. Tuhan pun tak izinkan dia buat begitu.Sebab kita merancang Tuhan yang menentukan.

Patutkah kita panggil dia cakap tak serupa bikin? Dia sendiri manusia. Dia takde jawapan untuk hal2 yang akan berlaku. Jadi kita haruslah saling memaafkan.

Aku percaya setiap manusia ada alasan kenapa dia bertindak seperti itu. Mungkin amat menyakitkan untuk memaafkan org yang melukakan kita. Tapi percayalah, setiap orang punya alasan sendiri kenapa dia bertindak sedemikian rupa. Jika kita pegang benda nie, pasti dendam tak berpanjangan. Berdendam sangat meletihkan.

Perasaan adalah sesuatu yang subjektif.
Hari nie kasih berpaut pada dia, mungkin esok pada yang lain.
Kalau tidak ada perasaan pada kekasih sekarang, nak bertahan lagi lama hanya mendera diri sendiri.
Hubungan cinta pun jadik hambar,
Jadi hubungan cinta tak kemana.
Baiklah memasing berundur dan ikut haluan masing2
Umur pun dah bertambah.
Buat apa nak tunggu hubungan yang tak kemana.?

Mungkin kita boleh terus berusaha menambat hati kekasih yang beralih arah.
Tapi sanggup ke? Betah ke bekerja keras berkali ganda untuk dapatkan dia semula?
Kalau dapat dia semula,pasti ke dia sudah melupakan orang yang dia terpaut tue?

Kenapa cinta itu amat merumitkan?
Sebab cinta datang daripada dua manusia yang berbeza
Manusia itu sendiri ada perasaan yang pelbagai dan bercampur.
Perasaan yang pelbagai daripada dua manusia yang berbeza
Diadun semula menjadi carca marba dalam sebuah kisah cinta yang merumitkan.

Kadang2 kita sendiri tak faham perasaan sendiri.
Segalanya menjadi tidak pasti .
Bila dia sangat pasti perasaan dan hati dia ketika ini rupanya pada orang lain.
Berdosakah dia meninggalkan kekasih hati yang telah memberi cinta padanya selama nie,?
Patutkah dia dipanggil penipu?
Patutkah dia dipanggil cakap tak serupa bikin?
Biasanya, jawapannya adalah “patut” kot.
Kita lebih suka menyalahkan orang yang meninggalkan daripada orang yang ditinggalkan.
Pada mereka yang ditinggalkan,mestilah sangat menyakitkan.
Aku pun sgt bersimpati.
Tapi nak buat mcm mana?
Jika berbicara tentang perasaan tidak ada sesape yang salah pun.

(ini pendapat peribadi aku. tidak ada kena mengena dgn kisah hidup aku pun.setelah menonton cerite Korea hasil donlod di zaman muda pesta ria. Disamping hasil diskusi dengan “jiran umur 20an” sebelah umah aku tu, maka terhasillah post di atas)

Monday, September 1, 2008

Alkisahnya SerAGaM Skolah

Aku rindukan sekolah. Tiba2 jek nak cerita pasal pakaian seragam skolah.

1. Pakaian seragam skolah dulu adalah kemeja putih, bertali leher, n vase.

2. Walaupun, aku bertali leher apabila ke sekolah aku tak tau sampai skrg cara mengikat tali leher. Mangsa tukang ikat tali leher aku adalah kwn2 lelaki aku la. Timo kaseh daun keladi.

3. Tali leher aku jarang dibasuh tapi tetap wangi lorr.Ahaks. Tapi sgt sweet kalo ader gal yg tarik tali leher yg aku ngah pakai. Grrr…Mau berdegup jantung aku. Evil laugh.~ Tapi sampai skrg aku piier nape perlu pakai tali leher ngan keadaan iklim negara yg panas. Jawab,jawab….soklan KBKK.
4. Jenama kasut feveret aku ialah pallas Jazz. Feveret kasut dari form 1 sampai 5.Paling bes kasut tue aku maintain warna jadik putih melepak . Agak2 silau tak sesape tgk kasut putih melepak aku tuh?Time kaseh kapur kasutttt!

5. Seorang ustazah pernah tarik vase yg aku pakai didepan prefect2 lain coz tak ikut etika permakaian skola lor. Malu giler aku time tue. Ish ustazah tue pon. Nak men tarik2 ngan aku biarlah kat bilik guru.

6. Kasut kesayangan aku yang putih melepak tue pernah kena curik masa aku g cyber café belakang skolah. Apakah motif kasut aku kena curik?Aku tatau. Tapi yang pasti aku telah pau ntah kasut sape ntah bagi menjamin keselesaan aku untuk balik nanti. Aku hrp pemilik kasut yg aku pau tue sudah memaapkan aku sempena bulan Ramadhan yg mulia nie. Sape suh org curik kasut aku. Bet, dia mesti pau gak kasut org lain. Haha,

7. Aku berjalan sangat lemah gemalai. Ni pasal kain skolah aku yang sendat,melekat tapi taklah sampai nampak pusat.

8. Adalah sorang senior aku nie dia hadiahkan aku sepasang baju prefect kat aku. Baju prefect dah lah mahal coz kena tempah kalau nak buat. Then aku ada 2 pasang baju prefect. Bes,bes….

9. Head prefect pernah pijak kasut aku. Coz aku tak pakai kasut kulit tapi pakai kasut getah. Sebagai hukuman lagik kejam dia suh aku tiup lampu kalimantang sampai padam.Giler ke?

U suh I update blog kan,kan. I dah update.
Selamat membaca.
Membaca jambatan ilmu.