Wednesday, June 3, 2009

Cinta ku tertinggal angkara LDR

Aku baru pulang dari jumpa B. Memang jauh tempat tinggal B dan aku. Tapi kerana cinta turutkan juga. Gegeh nie. Hampir 5 hari melepak umah B.

Bangun pagi dan sebelum tido nampak yang tersayang depan mata. Rasa takjub jap. Tapi mungkin bagi yang tinggal serumah dengan partner, perkara yang aku rasa takjub tue mungkin perkara biasa. Sungguh tenang sekali bila nampak si dia di sebelah apabila bangun pagi. Lebih-lebih lagi dapat ciuman pertama di pipi pada hari tersebut.

Then, nampak dia tergesa-gesa bersiap pergi kerja. Touch up muka. Hehe.. Nampak dia berbaju kurung buat pertama kalinya secara live. Padahal dah bercinta lama tapi baru first time nampak dia berbaju kurung. Dia sangat ayu berbaju kurung. Ish, takjub tol. LDR membuatkan aku tak dapat melalui perkara-perkara yang biasa dilakukan bagi pasangan kekasih.

LDR boleh jadi sangat kejam TETAPI mengajar aku MENGHARGAI setiap detik yang dilalui bersama. PEKA segala yang berlaku antara kami. Membuatkan aku hanya MENUMPU sepenuh perhatian pada si dia apabila berjumpa. INGAT setiap saat yang kami lalui bersama sebagai kenangan indah.

0 comments: